Friday, 4 October 2013

AIM WILAYAH KEDAH SEHINGGA SEPTEMBER 2013.


     Tahun 2013 adalah tahun cukup mencabar bagi Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Wilayah Kedah Dan Perlis. Dengan sasaran sebanyak RM332,232,480.00, sehingga September 2013 AIM Kedah Perlis baru berada pada tahap 59.56% pencapaian. Sehingga September 2013, sebanyak RM197,883,020.00 modal pembiayaan telah dikelurkan. Jumlah ini merangkumi pelbagai produk AIM. Daripada jumlah tersebut 32627 pembiayaan telah dikeluarkan.

Cabaran paling getir bilamana AIM Kedah Perlis perlu menghabiskan baki sebanyak RM134,349,460.00 dengan berbaki lagi 3 bulan disuku 4. Ada kemungkinan perkembangan yang memberangsangkan pada tahun 2012 tidak dapat diulangi pada tahun ini. Kerisauan ini bertambah bilamana "tragedi tunggakan" semakin berleluasa bak cendawan selepas hujan.

Sehingga Sepetember 2013, sebanyak 187 orang sahabat bertunggak dengan jumlah kes bertunggak sebanyak 228 kes. Daripada jumlah ini sebanyak 6 cawangan bertunggak dengan Cawangan Kangar mendahului cawangan-cawangan bertunggak yang lain.

Berbanding ketika seisi pembukaan 2013, hingga kini peratus "Potpolio At Risk" (PAR) adalah pada tahap 0.42 %. Dengan Cawangan Kangar berada tahap paling merosot iaitu sebanyak 6.89%.

Menghadapi tempoh akhir pada suku 4, Wilayah telah memnggil semua kakitangan yang berada pada tahap rendah dan dalam Mesyuarat Tindakan Wilayah yang lepas penekanan tentang pencapaian ini menjadi agenda utama perbincangan.

Bersedia untuk tahun 2014, Wilayah akan bersiap awal dengan Bengkel Halatuju Wilayah Kedah Perlis yang dijangka pada penghujung November nanti. Mudah-mudahan gerak kerja ini akan mendapat keberkatan Allah SWT.


No comments:

Post a Comment