Friday, 4 October 2013

LAMBAIAN KINABALU 2014

 
   AIM Wilayah Kedah Dan Perlis merancang untuk menawan Gunung Kinabalu pada Januari atau Februari 2014. Pasukan MTW yang dianggotai oleh semua Pengurus-pengurus Cawangan membuat perancangan itu bagi mengisi slot reakreasi yang seringkali terbengkalai.

Sekiranya tiada aral yang melintang, pasukan ini akan bergerak pada awal januari atau selewat-lewatnya pada awal Februri 2014. Lambaian Kinabalu akan merangsang pasukan ini untuk cabaran gerak kerja pada tahun hadapan.

Semoga perancangan ini akan memberi sumber inspirsi kepada pasukan Task Force pula pada tahun-tahun akan datang. Kinabalu tunggu kami............

AIM WILAYAH KEDAH SEHINGGA SEPTEMBER 2013.


     Tahun 2013 adalah tahun cukup mencabar bagi Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Wilayah Kedah Dan Perlis. Dengan sasaran sebanyak RM332,232,480.00, sehingga September 2013 AIM Kedah Perlis baru berada pada tahap 59.56% pencapaian. Sehingga September 2013, sebanyak RM197,883,020.00 modal pembiayaan telah dikelurkan. Jumlah ini merangkumi pelbagai produk AIM. Daripada jumlah tersebut 32627 pembiayaan telah dikeluarkan.

Cabaran paling getir bilamana AIM Kedah Perlis perlu menghabiskan baki sebanyak RM134,349,460.00 dengan berbaki lagi 3 bulan disuku 4. Ada kemungkinan perkembangan yang memberangsangkan pada tahun 2012 tidak dapat diulangi pada tahun ini. Kerisauan ini bertambah bilamana "tragedi tunggakan" semakin berleluasa bak cendawan selepas hujan.

Sehingga Sepetember 2013, sebanyak 187 orang sahabat bertunggak dengan jumlah kes bertunggak sebanyak 228 kes. Daripada jumlah ini sebanyak 6 cawangan bertunggak dengan Cawangan Kangar mendahului cawangan-cawangan bertunggak yang lain.

Berbanding ketika seisi pembukaan 2013, hingga kini peratus "Potpolio At Risk" (PAR) adalah pada tahap 0.42 %. Dengan Cawangan Kangar berada tahap paling merosot iaitu sebanyak 6.89%.

Menghadapi tempoh akhir pada suku 4, Wilayah telah memnggil semua kakitangan yang berada pada tahap rendah dan dalam Mesyuarat Tindakan Wilayah yang lepas penekanan tentang pencapaian ini menjadi agenda utama perbincangan.

Bersedia untuk tahun 2014, Wilayah akan bersiap awal dengan Bengkel Halatuju Wilayah Kedah Perlis yang dijangka pada penghujung November nanti. Mudah-mudahan gerak kerja ini akan mendapat keberkatan Allah SWT.


Thursday, 3 October 2013

MESYUARAT TINDAKAN WILAYAH KEDAH/PERLIS

    UTC Alor Setar - 03.10.2013 - Telah diadakan Mesyuarat Tindakan Wilayah (MTW) di UTC Alor Setar. Mesyuarat bermula kelmarin di Pejabat Wilayah Kedah/Perlis dan bersambung hari ini.

Antara perkara yang di bincangkan ialah NKL, Tunggakan Wilayah dan isi-isu yang perlu dihadapi. Semua Pengurus Cawangan hadir bagi membentangkan pencapaian Cawangan masing-masing.

Perkara lain ialah perbincangan Hala tuju negeri Kedah dan Perlis bagi tahun 2014. Satu cadangan Bengkel Halatuju 2014 akan diadakan di Regency Hotel di Gunung Jerai.

Sunday, 15 September 2013

Peruntukan RM300 Juta.


     Peruntukan sebanyak RM300 Juta yang diperuntukan kepada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) adalah bukti keprihatinan kerajaan. Jumah pemberian ini adalah untuk signal supaya kita bekerja lebih kuat dari usaha untuk membantu golongan berpendapatan rendah.
     Pengumuman Perdana Menteri semasa perasmian peruntukan tambahan di UITM Shah Alam, telah memberi khabar gembira kepada warga AIM. Tahniah....

Saturday, 14 September 2013

PENGUMUMAN

Assalamualaikum wrt.
Satu Blog yang akan dikongsi bersama dengan semua staff AIM Wilayah Kedah & Perlis telah dilancarkan. Selepas ini pelbagai perkara akan dikongsi, dibincang dan dianalisa bersama. Semoga semua pihak akan bersama-sama memanfaatkan Blog ini.